014-7766375 / 019-7766558
supremeheromalaysia@gmail.com

VISI

Menjadi sebuah syarikat peneraju pembangunan produk berasaskan bahan kimia dan pengeluar utama produk keperluan harian berteraskan hukum halal

MISI

SUPREME HERO berusaha menjadi peneraju syarikat pembangunan produk berasaskan bahan kimia di Malaysia yang selamat kepada pengguna dan mesra alam sekitar. Kami juga bertekad meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing global dalam memberi produk berkesan untuk mencapai prestasi cemerlang melalui inovasi ke arah meningkatkan taraf hidup yang lebih baik.

OBJEKTIF

  1. Menjadikan sabun SUPREME HERO pilihan no 1 rakyat Malaysia
  2. Memberikan produk yang halal & selamat kepada pengguna
  3. Melahirkan lebih ramai pengedar di seluruh Malaysia
  4. Membantu menaik taraf kehidupan pengedar/peniaga bergelar surirumah
  5. Memperluas pasaran hingga ke Asia Tenggara & Timur Tengah
  6. Membantu masyarakat yang memerlukan melalui program HERO PRIHATIN

KENALI PENGASAS

Tuan Hairi Zolkefle merupakan anak kelahiran Negeri Johor Darul Takzim dan merupakan graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak. Beliau kini berusia 29 tahun dan telah mendirikan rumah tangga serta dikurniakan seorang cahaya mata.

Beliau telah mula mencuburi bidang perniagaan sejak dibangku sekolah lagi. Jadi tidak hairanlah beliau mampu untuk membuka sebuah kilang dengan jenamanya sendiri seawal usia 26 tahun. Antara perniagaan yang pernah diceburi adalah perniagaan percetakan, sewaan canopy, homestay, pengangkutan & terkini jenama franchise kopi miliknya sendiri.

Impian besarnya adalah untuk membawa jenamanya ke seluruh Asia Tenggara dan melahirkan seramai mungkin usahawan sabun & pewangi serta memberikan manfaat kepada pengguna melalui setiap produk keluarannya.